Search This Blog

Thursday, July 16, 2009

Kod Amalan Rakan Muda

1. Penganjuran yang menggunakan logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program.

2. Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah Gaya Hidup Rakan Muda.

3. Menganjurkan program yang mengandungi ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan penyerapan akhlak yang baik.

4. Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.

5. Memelihara batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang.

6. Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara.

7. Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program.

8. Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda.

9. Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batas agama, bangsa dan ekonomi.

10. Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa.

Tuesday, July 14, 2009

Program Klinik Grafiti Rakan Muda Inovasi Daerah Gua Musang 2009


Program ini boleh tahan gak r bestnya... masing-masing nak tunjuk bakat seni diorang ni. maklumlah budak-budak kelas seni katakan... hehehe...
untuk pengetahuan semua, bukan pelajar je yang berbakat dalam seni ni, cikgu kaunseling pun berbakat dalam seni grafiti ni... hehehe ni kelebihan Sek. Men. Keb. Tengku Indra Petra 1 Gua Musang ni...

Sunday, July 12, 2009

Rukun Rakan Muda

Bagi mencapai wawasan negara dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (Maka Kami) generasi muda peserta program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-

1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.

2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.

3. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan.

4. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.

5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai.

6. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.

7. Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program.